Saturday, 5 March 2011

BANJAR

BANJAR...

Jalan Samarinda ke Banjarmasin
Merupakan salah-satu etnik yang ada di muka bumi ini.  Saya akan menceritakan kepada korang semua serba sedikit mengenai sejarah etnik Banjar...
Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan, kecuali di Kabupaten Kota Baru.
Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar.

Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka juga berasal daripada penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:
Banjar Pahuluan
• Banjar Batang Banyu
• Banjar Kuala
• Banjar Alai
• Banjar Kaluak

Bagi orang Pahuluan yang pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai Negara) yang berhulu ke Pegunungan Meratus. 
Orang Batang Banyu mendiami lembah sungai Negara, 
Orang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. 
Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu– sama halnya seperti ketika mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya – yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kosa kata Dayak dan Jawa.

Jalan Lambung Mangkurat Banjarmasin



Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi

Suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku:
• Banjar Pahuluan; campuran Melayu dan Bukit (Bukit sebagai ciri kelompok).
• Banjar Batang Banyu; campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maanyan sebagai ciri kelompok)
• Banjar Kuala; campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok).

Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam. Dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa ulama terkenal nusantara adalah terdiri dari orang Banjar.





Friday, 4 March 2011

Majlis Perkahwinan Orang Banjar

Asalammualaikum semua...


Pada kali ini saya ingin menceritakan kepada korang semua tentang adat dan tradisi orang Banjar bagi majlis perkahwinan mereka.  Bagi masyarakat Banjar, adat perkahwinan mereka berbeza sedikit dengan adat masyarakat di Jawa.  


Bagi upacara merenjis air ke atas pengantin yang baru berkahwin akan dilaksanakan oleh pegawai agama dan keluarga.  




Pakaian pengantin Masyarakat Banjar
Bagi pengantin Laki-laki:  Baju Teluk Belanga
Bagi pengantin Perempuan:  Kembang Goyang(hiasan kepala yang bergoyang-goyang)



contoh lain bagi pakaian pengantin
masyarakat Banjar

selain itu, satu permainan turut di mainkan bagi menyerikan majlis perkahwinan tersebut, dan ia dipanggil sebagai "Orung-orung Batang."  Unsur-unsur ini sebenarnya diadaptasikan dari suku kaum Dayak dan Jawa. 






Wednesday, 2 March 2011

kuih-muih dan Makanan Tradisional Banjar

Yummy2...
Pada post kali ini, saya ingin bercerita kepada korang semua jenis-jenis kuih dan makanan tradisional masyarakat Banjar...
Diantaranya ialah...:-


KUIH CANGKARUK

  • Kuih ini diperbuat daripada kerak nasi yang dijemur terlebih dahulu.  Selepas dijemur kerak nasi di sangai dan selepas itu ditumbuk dan disertakan sekali dengan gula merah atau gula putih...(harap maaf gambar tidak dapat disertakan sekali)
KUIH DANGAI

  • Kuih ini diperbuat daripada pulut yang ditambah dengan kelapa dan gula.  Kuih ini agak sama dengan lempeng.
Masyarakat Banjar juga popular dengan Pais, Lontong Banjar dan lain2 lagi..

Bagi makanan Tradisional Banjar, yang paling popular ialah MANDAI BASAK/KULIT BUAH TIWADAK(Cempedak)

  • Makanan ini berasal daripada Banjarmasin.  Ia jug disebut sebagai mandai atau damai..
  • Mandai boleh dimakan bersama-sama dengan nasi.





Thursday, 24 February 2011

kelas bahasa banjar

asalammualaikum...
Selamat datang ke kelasa bahasa banjar.  Pada kali ini saya ingin mengajar dan berkongsi dengan  anda semua tentang bahasa banjar yang sering kali digunakan untuk sehari-harian.  Bahasa banjar amatlah mudah untuk difahami dan dipelajari. Bahasa banjar ini tidak banyak perbezaannya dengan bahasa melayu.  Antara contoh-contoh bahasa banjar ialah:

  1. Ngapang di ulah = Sedang membuat apa?
  2. Handak ke mana' = Mahu pergi ke mana?
  3. Guringan = Tidur
  4. Hikam = Kamu/Awak
  5. Kulaan = Keluarga/Saudara
  6. Kadak Tahuk = Tidak Tahu
  7. Tampat = Tempat
  8. Kulir/Penguliran = Malas/Pemalas
  9. Muyak = Benci
  10. Hadangik = Tunggu 


Friday, 18 February 2011

Aku si keturunan Banjar

salam...nama saya banjar gurlz..dengan bangganya saya menyatakan saya merupakan keturunan Banjar.
Hal ini kerana atuk dan nenek saya daripada kedua-dua belah merupakan orang Banjar.
Di dalam blog ini saya ingin menceritakan kepada anda semua tentang puak Banjar.
Mungkin selama ini anda semua tidak tahu akan wujudnya puak ini dan sejarah asal puak ini dari negara mana.
Selama ini anda semua hanya mendengar orang lain menceritakan tentang puak Jawa.
Tetapi sekarang saya ingin menaikkan nama keturunan saya iaitu Banjar.
Hidup Banjar...!!!!!

keluargaku banjar

hehehehe :)